Friday 2 December 2011

PENANDA WACANA

Salam sejahtera.
Dalam catatan blog minggu ini, cikgu akan menerangkan tentang penanda wacana .
Apakah Penanda Wacana?
Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

Contoh penanda wacana seperti berikut:

1.  Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

2.  Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

3.  Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

4.  Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

5.  Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

6. Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

7. Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

8. Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

9.  Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

10. Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

Soalan 1 hingga Soalan 10
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Chai Hock ditolak. _________________, masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk menjalankan perniagaan.  

Walau bagaimanapun
2 .Puan Yusnita meletakkan piring kuih itu di atas meja. _______________, dia pun mempersilakan tetamunya menjamu selera.  

Selepas itu  

3. Pertandingan Bercerita akan diadakan tidak lama lagi. _____________, para peserta yang akan mengambil bahagian perlu berlatih dengan gigih.  

Oleh sebab itu
4. Pihak penguatkuasa sering mengadakan rondaan di kawasan itu. _____________, masih ada peniaga yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka.  

Namun begitu  

5. Mula-mula, saya akan mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Malaysia. _______________, saya akan mengulang kaji mata pelajaran Matematik pula.  

Selepas itu  

6. Tabiat merokok membahayakan kesihatan kita. _________________, tabiat tersebut perlulah kita hindarkan.  

Oleh yang demikian  

7. Kira-kira lima tahun yang lalu, Puan Sunita pernah menjadi mangsa ragut. ____________, dia takut untuk berjalan seorang diri di bandar.

Semenjak itu  

8 .Saya suka melancong di dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik. ________________, melancong di dalam negara dapat menjimatkan belanja.
 
Selain itu  

9 .Rafik tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya dia berjimat cermat. ________________, dia bertambah kerap menngunjungi pusat-pusat hiburan bersama-sama dengan rakan-rakannya.

Sebaliknya  

10 .Wahida sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik. _______________, ________________, ibu bapa Wahida telah menghantar anaknya itu mengikuti kelas tuisyen.

Oleh sebab itu  


Diharapkan  pelajar-pelajar dapat memahami penggunaan penanda wacana dengan lebih baik.

1 comment: