Wednesday 7 December 2011

Unit 15 : SATU PENEROKAAN

Bahagian 3: Alam Angkasa

Pengenalan

Sistem suria kita dikenali sebagai BIMA SAKTI(Milky Way). Selain daripada bima sakti, dipercayai terdapat banyak lagi galaksi-galaksi lain diluar sistem suria kita. Pusat kepada bima sakti adalah matahari.Jisim pusat sistem suria kita, matahari adalah lebih kurang 10exp30 kilogram. Matahari terbentuk hasil gabungan awan, gas dan debu diangkasa. Ia terbentuk 5 bilion tahun dahulu. Dan ia dikelilingi oleh 9 planet-planet yang mengikut susunan seperti berikut.

  • Utarid
  • Zuhrah
  • Bumi
  • Marikh
  • Musytari
  • Zuhal
  • Uranus
  • Neptun
  • Pluto
Semua planet-planet ini mempunyai ciri-ciri tertentu. Musytari ialah 317 kali lebih besar dari bumi. Marikh pula mempunyai gurun maut dan terdapat atmosfera asid sulfurik di planet zuhrah. Bagi setiap planet mempunyai kehidupan, mestilah mempunyai keadaan suhu, tekanan dan ketumpatan yang sesuai.
Selain daripada planet-planet, terdapat juga bintang-bintang didalam sistem suria kita. Bintang berasal dari planet-planet yang tidak jadi membentuk. Ada bintang yang mati dan ada yang hidup. Sebelum sesuatu bintang itu mati, akan berlaku satu letupan besar yang dipanggil supernova berlaku. Ia akan menghemburkan segala nya(besi, kuprum dll). Sesuatu bintang hanya boleh dikatakan berjisim besar jika jisimnya 8 kali lebih besar dari matahari. Bintang yang jisimnya lebih kecil dari 8 kali jisim matahari akan menghasilkan letupan nova jika meletup. Bintang yang meletup sebagai supernova kebarangkalian besar menjadi 'Lohong Hitam'(Black Hole). Bima sakti mempunyai lebih 100 bilion bintang termasuklah matahari.


Umur Sistem Suria

Mengikut Teori Nebula, umur sistem suria kita mestilah sama dengan umur matahari. Dijangka umur sistem suria adalah 4.6bilion tahun. Cara mengukur atau mengira umur jasad semawi adalah dengan mengambil unsur-unsur dari planet dan menganalisa unsur radioaktifnya.
Batu yang tertua yang terdapat dibumi berumur 3.9 bilion tahun dahulu. Manakala batu yang dibawa balik dari bulan oleh Apollo berumur 4.48 bilion tahun. Metiorit yang berasal dari marikh yang jatuh kebumi pula berumur 4.5 bilion tahun. Oleh itu, dari penemuan-penemuan ini, dapat dirumuskan yang umur sistem suria kita adalah lebih kurang 4.6 bilion tahun.


Ciri-Ciri Sistem Suria

Terdapat 5 ciri penting untuk sistem suria kita.

  • Berbentuk cakera - Ianya berbentuk cakera dan mengorbit didalam satah yang sama. Arah peredaran dan putaran juga sama.
  • Dua jenis planet - Terdapat 2 jenis planet iaitu Terrestrial planet dan Jovian planet.
  • Sistem planet bergelang - Planet musytari, zuhal, uranus dan neptun mempunyai gelang.
  • Hamparan ruang - Terdapat asteroid, komet dan meteor.
  • Berumur lebih kurang 4.6 bilion tahun.
  Latihan 1


Terdapat 10 kesalahan kata dan frasa serta 10 kesalahan tanda baca dalam teks.Baca dan kenal pasti kesilapan tersebut. Betulkan kesilapan itu dan salin dalam buku tulis kamu.


Menurut kajian ahli astronomi . sistem suria terbentuk lebih kurang lima bilion tahun dahulu hasil daripada pengecutan awan . gas dan debu interstellar , yang akhirnya membentuk matahari dan planet-planet . Matahari berkedudukan sistem suria di tengah-tengah dan dikelilingi oleh planet-planet . Kawasan pusingan planet-planet ini dinamakan orbit , Matahari ialah bintang dalam sistem suria , yang membentuk 99% daripada keseluruhan jisim sistem suria. ,
    Selebihnya dibentuk oleh planet-planet dan bulan masing-masing .Bulan-bulan ini beredar keliling planet-planet tertentu .
    Selain matahari : planet dan bulan , terdapat asteroid juga , iaitu planet-planet kecil yang berjumlah lebih daripada 3000 . Asteroid orbit ini terletak antara planet Marikh dengan planet Musytari . Terdapat juga meteroid , iaitu pecahan kecil batu atau tahi bintang di dalam sistem suria . Walau bagaimanapun : disebabkan saiznya yang kecil ! tahi bintang ini tidak kelihatan kecuali telah memasuki atmosfera bumi.
     Satu lagi objek yang menakjubkan dalam sistem suria ialah komet . Komet beredar di orbitnya sendiri ! Apabila orbit komet ini hampir dengan Matahari - maka akan terbentuklah ekor komet akibat proses pengionan . hasil dari tindak balas dengan haba Matahari .

Latihan Pengukuhan
Berdasarkan lembaran kerja yang diberi, tulis nama-nama planet yang terdapat dalam sistem suria. Anda boleh melayari internet bagi mendapatkan maklumat.

Friday 2 December 2011

PENULISAN BAHAGIAN C

Arahan .

Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Petikan 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Pengajaran

1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.

Contoh jawapan

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.

Petikan 2

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.

Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.

“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.

Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung.

Contoh jawapan

Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana dengan bantu-membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang. Selain itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga baik, memandangkan banyak kerja dapat disiapkan dengan segera. Bermain bunga api pula, boleh mendatangkan kecederaan dan merupakan satu kesalahan. Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan cantik. .Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-saudara yang jauh.

Pantun | Melayu Online

Pantun | Melayu Online


SYAIR

Pengertian dan contoh
Syair adalah salah satu jenis puisi lama. Ia berasal dari Persia (sekarang Iran)
dan telah dibawa masuk ke nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Kata syair berasal dari bahasa Arab syu’ur yang bererti perasaan. Kata syu’ur berkembang menjadi kata syi’ru yang bererti puisi dalam pengertian umum.
Syair dalam kesusasteraan  Melayu merujuk pada pengertian puisi secara umum. Akan tetapi, dalam perkembangannya syair tersebut mengalami perubahan dan modifikasi sehingga menjadi khas Melayu, tidak lagi mengacu pada tradisi sastera syair di negeri Arab. Penyair yang berperanan besar dalam membentuk syair khas Melayu adalah Hamzah Fansuri dengan karyanya, antara lain:
 Syair Perahu, Syair Burung Pingai, Syair Dagang, dan Syair Sidang Fakir.
Menurut isinya, syair dapat dibagi menjadi lima golongan, sebagai berikut.
 Syair Panji
Syair panji menceritakan tentang keadaan yang terjadi dalam istana dan keadaan orang-orang yang berada atau berasal dari dalam istana.
 Contoh syair panji adalah Syair Ken Tambuhan yang menceritakan tentang
seorang putri bernama Ken Tambuhan yang dijadikan persembahan kepada Sang Ratu Kauripan.
Syair Romantis
Syair romantis berisi tentang percintaan yang biasanya terdapat pada cerita pelipur lara, hikayat, maupun cerita rakyat. Contoh syair romantis yakni Syair Bidasari yang menceritakan tentang seorang putri raja yang telah dibuang ibunya. Setelah beberapa lama ia dicari Putra Bangsawan (saudaranya) untuk bertemu dengan ibunya. Pertemuan pun terjadi dan akhirnya Bidasari memaafkan ibunya, yang telah membuang dirinya.
Syair Kiasan
Syair kiasan berisi tentang percintaan ikan, burung, bunga atau buahbuahan.
Percintaan tersebut merupakan kiasan atau sindiran terhadap peristiwa tertentu. Contoh syair kiasan adalah Syair Burung Pungguk yang isinya menceritakan tentang percintaan yang gagal akibat perbedaan pangkat, atau seperti perumpamaan “seperti pungguk merindukan bulan”.
Syair Sejarah
Syair sejarah adalah syair yang berdasarkan peristiwa sejarah.
Sebagian besar syair sejarah berisi tentang peperangan. Contoh syair sejarah adalah Syair Perang Mengkasar (dahulu bernama Syair Sipelman), berisi tentang perang antara orang-orang Makassar dengan Belanda.
Syair berbahasa Arab yang tercatat paling tua di Nusantara adalah catatan di batu nisan Sultan Malik al Saleh di Aceh,bertarikh 1297 M.
 Syair Agama
Syair agama merupakan syair terpenting. Syair agama dibahagi menjadi empat iaitu: (a) syair sufi, (b) syair tentang ajaran Islam, (c) syair riwayat cerita nabi, dan (d) syair nasihat.Perlu kita ketahui, setiap syair pasti mengandung pesan tertentu. Pesan tersebut dapat kita simpulkan setelah memahami isi sebuah syair.

Contoh Syair ;


c
 


Mari Bersyair.

Tajuk ; Teknologi Teras Wawasan

Masa berlalu ditelan zaman,
Usaha yang murni harus diteruskan,
Usah biarkan kita ketinggalan,
Agar tercapai segenap impian.

Zaman ini era pembangunan,
Sains dan teknologi menuju kemajuan,
Sntuk manusia merubah  pendirian,
Agar semua dapat kesenangan.

Kemajuan diberi harus difikirkan,
Jangan nanti kita diperdayakan,
Pelbagai kaedah hasil diciptakan,
Untuk kemudahan dan kemakmuran.

Manusia diberi akal dan nyawa,
Mestilah bijak menggunakannya,
Agar menbangun segenap maya,
Bersyukurlah kita kepada yang Esa.







PENANDA WACANA

Salam sejahtera.
Dalam catatan blog minggu ini, cikgu akan menerangkan tentang penanda wacana .
Apakah Penanda Wacana?
Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

Contoh penanda wacana seperti berikut:

1.  Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

2.  Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

3.  Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

4.  Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

5.  Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

6. Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

7. Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

8. Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

9.  Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

10. Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

Soalan 1 hingga Soalan 10
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Chai Hock ditolak. _________________, masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk menjalankan perniagaan.  

Walau bagaimanapun
2 .Puan Yusnita meletakkan piring kuih itu di atas meja. _______________, dia pun mempersilakan tetamunya menjamu selera.  

Selepas itu  

3. Pertandingan Bercerita akan diadakan tidak lama lagi. _____________, para peserta yang akan mengambil bahagian perlu berlatih dengan gigih.  

Oleh sebab itu
4. Pihak penguatkuasa sering mengadakan rondaan di kawasan itu. _____________, masih ada peniaga yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka.  

Namun begitu  

5. Mula-mula, saya akan mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Malaysia. _______________, saya akan mengulang kaji mata pelajaran Matematik pula.  

Selepas itu  

6. Tabiat merokok membahayakan kesihatan kita. _________________, tabiat tersebut perlulah kita hindarkan.  

Oleh yang demikian  

7. Kira-kira lima tahun yang lalu, Puan Sunita pernah menjadi mangsa ragut. ____________, dia takut untuk berjalan seorang diri di bandar.

Semenjak itu  

8 .Saya suka melancong di dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik. ________________, melancong di dalam negara dapat menjimatkan belanja.
 
Selain itu  

9 .Rafik tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya dia berjimat cermat. ________________, dia bertambah kerap menngunjungi pusat-pusat hiburan bersama-sama dengan rakan-rakannya.

Sebaliknya  

10 .Wahida sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik. _______________, ________________, ibu bapa Wahida telah menghantar anaknya itu mengikuti kelas tuisyen.

Oleh sebab itu  


Diharapkan  pelajar-pelajar dapat memahami penggunaan penanda wacana dengan lebih baik.