Friday 7 October 2011

BAHASA ISTANA

Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan di kalangan kerabat diraja, apabila berhubung dengan kerabat diraja, dan apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik masih digunakan hari ini mahupun tinggal sejarah.
Bahasa istana Melayu

Bahasa Istana
Bahasa Biasa
Almarhum
Allahyarham
ampun kurnia
maaf
anugerah
beri; hadiah
baginda
dia (rakyat menyapa raja)
beradu
tidur
berangkat
berlepas; bertolak
bercemar duli
berjalan; pergi ke
berkenan
sudi; suka akan
berputera
beranak; bersalin
bersabda
berkata
bersiram
mandi
bertitah
berkata
beta
saya (raja)
daulat
bahagia
gering
sakit
hari keputeraan
hari jadi
hulu
kepala
iram-iram
payung
kaus
kasut
kurnia
beri; hadiah
mahkota
topi
makam
kubur
mangkat
mati; meninggal dunia
menghadap
menjumpai
murka
marah
patik
saya (rakyat menghadap raja)
peraduan
tempat tidur
permaisuri
isteri
putera
anak lelaki
puteri
anak perempuan
santap
makan
semayam
duduk; tinggal
sembah
memberi salam
singgahsana
kerusi
titah
kata; perintah

Cuba anda nyatakan maksud perkataan di bawah secara spontan.Berjayakah anda?

1. mangkat            2. gering              3. santap             4. beradu      
 5. bersiram           6. berangkat        7. peterana          8. semayam      
9. berkenan          10.bertitah          11. iram-iram      12. kaus          
13.makam            14.murka            15. menghadap    16.dayang       
17. baginda          18.patik              19.hamba             20.tuan hamba

Sunday 2 October 2011

HUKUM D-M


Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat  yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.
1. DEFINISI HUKUM D-M :

a.)Frasa D-M berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris.
b) D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”.
    M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu.
c) Frasa bahasa Malaysia berbentuk D-M kerana “benda mendahului sifatnya”.

2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :
Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat')
Contoh:
-Rumah saya
-Kereta baru
-Bebola ikan
-Lampu kereta
-Buku teks
-Kereta Proton
-Idea baru


Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia.
Contoh:
-Saya rumah (my house)
-Baru kereta (new car)
-Ikan bebola (fish ball)
-Kereta lampu (car lamp)
-Teks buku (text books)
-Proton kereta (proton cars)
-Baru idea (new idea)

3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:

i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”.

Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)
- dia menaiki mini bas.
-makan di Aisyah Restoran.
-makan Maggie mi.
-naik Mara Ekspres
-bercicahkan cili sos.
-membeli goreng pisang.
-di Ah Kong kedai basikal.
-berbincang lain hal.

Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)
-dia menaiki bas mini.
-makan di Restoran Aisyah.
-makan mi Maggie.
-naik Ekspres Mara.
-bercicahkan sos cili.
-membeli pisang goreng.
-di kedai basikal Ah Kong.
-berbincang hal lain.

ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”.

Contoh:
Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan)
-hal lain-lain
-perkara lain-lain
-peristiwa lain-lain
-buku lain-lain-buku bacaan lain-lain
Contoh:
Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)

-lain-lain hal
-lain-lain perkara
-lain-lain peristiwa
-lain-lain buku
-lain-lain buku bacaan

Contoh:
Betul: (betul kerana ‘benda’ di depan dan ‘benda’ digandakan)
-hal-hal lain
-perkara-perkara lain
-peristiwa-peristiwa lain
-buku-buku lain
-buku-buku bacaan lain.

4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:

i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas.
ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.
iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.


Penggunaan CMPC Dalam Pengajaran & Pembelajaran

 Murid-murid didedahkan dengan penggunaan CMPC dalam P&P semua mata pelajaran. Pendedahan awal ini sangat penting untuk menghasilkan P & P yang berkesan.


Kursus Penggunaan CMPC Dalam Pengajaran E-Learning



 Kursus Penggunaan CMPC telah dilaksanakan di peringkat sekolah bertujuan untuk memantapkan Pembelajaran bermodalkan teknologi abad ke 21.