Thursday 29 September 2011

Teka-teki

Sila jawab.....

1. Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?

2. Lembu apakah yang selalu dicari?

3. Kereta apakah yang orang tidak pernah panggil kereta?

4.Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?

5. Apakah bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

6. Apakah benda jatuh ke bawah tetapi orang tercari-cari di atas?

7. Semasa makan pisang,buang kulit tapi kalau makan kulit, buang apa?

8. Apabila suami dapat, maka isteripun dapat sama tetapi apabila isteri yang dapat, si suami tak dapat sama....Apakah perkara itu?

9. Bom apakah yang tidak pernah meletup?

10. Mengapakah guru sejarah selalu botak di belakang kepala, sedangkan profesor botak di bahagian depan?

Salam Perkenalan

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Saya berasa amat teruja dengan tugasan yang diberikan iaitu pembinaan blog pelajaran.Selama ini, saya tidak ambil peduli akan perkembangan teknologi maklumat seperti blog dan sebagainya.Saya leka dengan dunia saya.Tentu anda hairan dan pelik melihatnya.Anda tentu berkata,  "orang macam ini pun ada".Saya mengaku akan kelemahan saya.Bukan tak tahu tetapi tak mahu ambil tahu.Kini, saya terpaksa ambil tahu.Saya bersyukur kerana UPSI telah banyak mengajar saya mengenal dunia IT.Orang lain mungkin dah pandai guna IT sebelum memasuki UPSI, tapi saya mula berjinak2 dengan IT kerana UPSI. Pembelajaran secara alam maya amat baik sekali.Kepada rakan2 seperjuangan bantulah saya dan  komenlah saya.Tak pe....Untuk Panduan Sesama Insan.(UPSI)